Laman Web Rasmi Lembaga Maktab Mahmud



Adalah Dimaklumkan Lembaga Maktab Mahmud telah melancarkan Laman Web Rasmi Lembaga Maktab Mahmud.

Laman Web Lembaga yang rasmi adalah seperti berikut:-

http://www.lmm.gov.my

Sila Layari Laman Web Rasmi untuk mengetahui berita terkini.

sekiranya terdapat sebarang masaalah atau pandangan sila hubungi

admin@lmm.gov.my

Harap Maklum.

PENGUMUMAN



Senarai Calon penuntut baru tingkatan 1 2011 yang berjaya seperti berikut :-

Senarai Calon Lelaki

Senarai Calon Perempuan


untuk download senarai seperti dibawah ( dalam file .PDF ) :-

Download Senarai Pelajar Lelaki

Download Senarai Pelajar Perempuan


- Mana-mana calon yang berjaya tidak dibenarkan memohon sebarang pertukaran

- Keputusan adalah MUKTAMAD mengikut keputusan Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Lembaga Maktab Mahmud pada 09hb Disember 2010.

- Jika terdapat sebarang masaalah, sila hubungi cawangan Maktab Mahmud yang berdekatan.

Harap Maklum..

Salam Aidil Adha




Lembaga Maktab Mahmud mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua kakitangan MAKTAB MAHMUD. Semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Bahagaian Akademik - Kutipan Data HeadCount

Berikut adalah file HeadCount bagi tingkatan 3 dan 5.

Hanya Borang HC1 dan HC3 yang perlu dihantar ke Bahagian Akademik, Lembaga Maktab Mahmud beserta Borang Senarai Semak.

Sila 'Download' Borang seperti dibawah :-

Kutipan Data HC T3

Kutipan Data HC T5 

Senarai Semak HC


Harap Maklum.

Selamat Menyambut Aidilfitri



Kakitangan Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua warga Maktab Mahmud diseluruh negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Tahun ini membawa berkat kepada kita semua..

PENGUMUMAN

ARAHAN PENGUBAHSUAIAN WAKTU BEKERJA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431 DI SEMUA SEKTOR KERAJAAN NEGERI SELURUH NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Adalah dimaklumkan bahawa Pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud telah menerima pakai dan meluluskan arahan diatas daripada pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman.

Jadual Waktu Masa Bekerja pada musim bulan ramadhan seperti berikut :-

 Arahan tersebut berkuatkuasa mulai 17 OGOS 2010.

Harap Maklum.

Berita Semasa - Unit Kokurikulum



Unit Kokurikulum, Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud telah mengadakan Kursus Pengurusan Kokurikulum 2010 pada 28-29 Julai 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Seramai 32 perserta daripada kakitangan Maktab Mahmud telah menghadiri kursus tersebut. 4 orang Urusetia di Bahagian Akademik dengan kerjasama daripada wakil 2 orang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menjayakan kursus tersebut.

Penceramah 1 : EN. OSMAN BIN NOOR (Pegawai Unit Kokurikulum JPN Kedah)

Penceramah 2 : PN. SHAMSHUL ADAWIYAH BT. HJ AHMAD (Pegawai Khas, Unit Kokurikulum JPN Kedah )





Gambar aktiviti semasa kursus dijalankan:-

Berita Semasa - Unit HEM LMM


Unit HEM & Kokurikulum Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud telah menjalankan Program Kursus Act Tourism 2010 Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman.

Program ini dijalankan dengan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, Cawangan Kedah Darul Aman pada 15 Julai 2010 bersamaan 3 Syaaban 1431 bertempat di Dewan Malinja 1 Hotel Seri Malaysia, Alor Setar Kedah Darul Aman.

Berikut adalah beberapa slot yang menarik perhatian semua peserta kerana penceramah yang diundang khas adalah Dr. Suzainee Abdullah dari Fakulti CAS UUM yang merupakan pengurus Hotel EDC di Sintok, Kedah. Slot 1 adalah berkaitan diri kita selaku masyarakat Malaysia. Slot yang kedua pula adalah berkaitan jenama, tema dan tanggungjawab kita sebagai “duta”, Malaysia.
Dalam ceramahnya, beliau turut memberikan beberapa jenis produk pelancongan seperti pelancongan perubatan, sukan, eko, budaya dan lain-lain lagi. Selain ceramah, beliau turut menggunakan gambar-gambar dan slaid video sebagai daya tarikan bagi menerangkan impian dan matlamat kerajaan Malaysia dalam menaikkan industri pelancongan.
Kesimpulan dari kursus tersebut, para peserta melahirkan rasa gembira dan teruja serta berharap agar pihak Lembaga Maktab Mahmud akan terus berusaha menambahbaikan kualiti perkhidmatan standing dengan agensi dan jabatan kerajaan.

Sebahagian gambar sempena Kursus Act Tourism 2010


Penafian : Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.