Unit HEM & Kokurikulum Bahagian Akademik Lembaga Maktab Mahmud telah menjalankan Program Kursus Act Tourism 2010 Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman.
Program ini dijalankan dengan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, Cawangan Kedah Darul Aman pada 15 Julai 2010 bersamaan 3 Syaaban 1431 bertempat di Dewan Malinja 1 Hotel Seri Malaysia, Alor Setar Kedah Darul Aman.
Berikut adalah beberapa slot yang menarik perhatian semua peserta kerana penceramah yang diundang khas adalah Dr. Suzainee Abdullah dari Fakulti CAS UUM yang merupakan pengurus Hotel EDC di Sintok, Kedah. Slot 1 adalah berkaitan diri kita selaku masyarakat Malaysia. Slot yang kedua pula adalah berkaitan jenama, tema dan tanggungjawab kita sebagai “duta”, Malaysia.

Dalam ceramahnya, beliau turut memberikan beberapa jenis produk pelancongan seperti pelancongan perubatan, sukan, eko, budaya dan lain-lain lagi. Selain ceramah, beliau turut menggunakan gambar-gambar dan slaid video sebagai daya tarikan bagi menerangkan impian dan matlamat kerajaan Malaysia dalam menaikkan industri pelancongan.
Kesimpulan dari kursus tersebut, para peserta melahirkan rasa gembira dan teruja serta berharap agar pihak Lembaga Maktab Mahmud akan terus berusaha menambahbaikan kualiti perkhidmatan standing dengan agensi dan jabatan kerajaan.
Sebahagian gambar sempena Kursus Act Tourism 2010
0 comments:
Post a Comment