PENGUMUMAN

( JAWATAN KOSONG SESI PERSEKOLAHAN 2010 )

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah ini di Lembaga Maktab Mahmud.

JAWATAN        : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH
                              (Bidang Bahasa Arab)
                              (Bidang Pendidikan Islam)
                              (Bidang Bahasa Dan Kemanusiaan)
                              (Bidang Sains Dan Matematik)
                              (Bidang Kaunseling)


KLASIFIKASI                      : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

TARAF JAWATAN              : SANDARAN

GRED GAJI                        : DC41

JADUAL GAJI MATRIKS       : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05



1.    Syarat Lantikan Bagi Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah
    Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    Warganegara Malaysia;

    a)  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

          (i)    ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-
            institusi Pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
            (Gaji Permulaan ialah pada Gred DC41:P1T3); atau
   
           (ii)    ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
            Pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
            (Gaji Permulaan ialah pada Gred DC41:P1T3); atau
   
          (iii)    ijazah sarjana muda luar negara perlu membuat pengiktirafan JPA ;
dan


    b)  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada 
             peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf sataraf dengannya
            oleh kerajaan.






CARA MEMOHON

a)    Sila kemukankan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud mulai 18 Oktober 2009 dengan bayaran RM 1.00 untuk satu borang.

b)    Permohonan berikut akan ditolak :
i)    Dokumen yang diperlukan tidak lengkap;
ii)    Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

Semua permohonan hendaklah di alamatkan kepada :-

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(u.p : Unit Perjawatan)


Tarikh Tutup Permohonan : 05 November 2009


Catatan Am :

i)    Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

ii)    Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak Berjaya.

Penafian : Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.